Khairuddin Dipanggil Ke Bukit Aman Esok

Khairuddin Dipanggil Ke Bukit Aman Esok

Menteri Perladangan dan komoditi, Khairudin Aman Razali akan dipanggil ke Bukit Aman esok, Lapor Malaysiakini.

Perkara terbabit disahkan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Mior Faridalathrash Wahid melalui teks kepada Malaysiakini.

Walau bagaimana pun masih tiada maklumat selanjutnya berkenaan hal ini.

Khairudin sebelum ini menjadi kecaman satu negara apabila berdalih dalam soal pelanggaran SOP untuk kuarantin diri setelah pulang dari luar negara.

Setelah didesak untuk meletak jawatan, Khairudin mengambil langkah menderma gaji kepada tabung Covid19 dan terus kekal sebagai menteri.

Sehingga kini 50,000 telah menandatangani petisyen mendesak Khairudin meletak jawatan sebagai menteri.

Harakahdaily bagaimanapun mendakwa serangan terhadap Khairudin adalah kerana DAP iri hati terhadap beliau manakala Tuan Ibrahim Tuan Man pertahankan Khairudin dengan mengatakan lori sayur dari Singapora pun tidak dikuarantin.

CATEGORIES