Khairuddin Berisiko Hilang Kelayakan Sebagai Ahli Parlimen

Ahli parlimen Kuala Nerus, Khairudin Aman Takiri berisiko kehilangan kelayakan sebagai ahli parlimen sekiranya didapati bersalah dan didenda tidak kurang RM2000 atas kesalahan melanggar SOP Kementerian Kesihatan Malaysia berhubung dakwaan beliau tidak kuarintin dirinya.

Terdahulu, parlimen dikejutkan dengan pendedahan Seputih mendakwa ahli parlimen yang juga menteri ke luar negara antara 3 ke 7 Julai namun tidak kuarintin diri selama 14 hari apabila hadir ke parlimen pada 13 Julai

Semakan pada laman sosial Khairudin juga didapati hadir beberapa program lebih awal dari itu.

Tindakan tidak mengasingkan diri ini adalah salah disisi undang undang, terdahulu, seorang wanita didenda RM8000, dan dipenjara selama sehari setelah didapati bersalah gagal mematuhi SOP KKM.

Pemilik sebuah kedai di Kedah turut dijatuhi hukuman penjara dan denda Rm12000 atas kesalahan serupa.

Sekiranya didapati bersalah dan didenda sebagaimana kes terdahulu, Ahli Parlimen Kuala Nerus berisiko kehilangan kelayakan sebagai Ahli Parlimen.

Perkara 48 Perlembagaan Malaysia menetapkan seseorang ahli parlimen itu hilang kelayakan sekiranya ‘dia telah disabitkan atas suatu kesalahan oleh sesuatu mahkamah di Persekutuan (atau, sebelum Hari Malaysia, di wilayah yang termasuk di dalam Negeri Sabah atau Sarawak atau di Singapura) dan dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada dua ribu ringgit..’

CATEGORIES