Ketua Pemuda UMNO Sangkal Dakwaan Takiyudin

Ketua Pemuda UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyangkal dakwaan Setiausaha Agong Pas Takiyudin Hassan bahawa PAS tidak maklum akan keputusan UMNO enggan menyertai Perikatan Nasional.

Menurut Dr. Asyraf, UMNO sudah tegaskan dalam DUA Mesyuarat Jawatankuasa Induk Muafakat Nasional (MN) membawa suara Majlis Tertinggi dan Akar Umbi yang tidak mahu UMNO menyertai PN sebagai salah satu parti komponen, sekiranya PN ingin didaftarkan sebagai sebuah parti politik.

Menurut Ketua Pemuda UMNO itu lagi, pendirian ini telahpun dibangkitkan oleh barisan 11 orang kepimpinan yang mewakili UMNO dalam Jawatankuasa Induk Perundingan Muafakat Nasional yang turut dihadiri 11 kepimpinan tertinggi PAS, apa yang disuarakan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam kenyataan beliau baru-baru ini merupakan suara kolektif kepimpinan dan akar umbi UMNO.

CATEGORIES