Ketua Dewan Ulama PAS Pahang Cadang Ebit Liew Agih Bantuan Melalui Ahli Parlimen, Adun

Ketua Dewan Ulama PAS Pahang Cadang Ebit Liew Agih Bantuan Melalui Ahli Parlimen, Adun

Ketua dewan Ulama Pas Pahang, Mokhtar Senik mencadangkan Ustaz Ebit Liew untuk salurkan bantuan melalui agensi kerajaan, ahli parlimen dan adun bagi mengelakkan tindakan beliau memberi bantuan dipolitikkan.

“Cadangannya ialah ust salurkan bantuan melalui pihak2 yang berkuasa disuatu2 tempat. Contohnya Kerajaan Negeri, agensi2 berkenaan dibawah kerajaan, ahli2 parlimen atau adun2 setempat. Ust nak buat rakaman video ke atau nak filemkan aktiviti penyampaian sumbangan itu terpulanglah kpd pihak UEL. Nak letak sticker NGO UEL pun tak mengapa.” tulis Mokhtar dalam laman facebook

Menurut Mokhtar, yang penting program bantuan Ebit Liew dilihat bersama pihak kerajaan.

“Yang penting program itu dilihat bersama pihak kerajaan. Pihak kerajaan dan pihak berkuasa pula boleh salurkan bentuan2 bagi memudahkan urusan tersebut disamping memberi nasihat soal2 keselamatan dan sebagainya.”

Cadangan ini menurutnya akan membantu kerajaan tidak dilihat kerajaan korup yang langsung tak bantu rakyat sehingga terpaksa EBL dtg untuk bantu.

Mokthar mendakwaisu UEL yang sedang hangat disabah jadi besar tu kerana adanya manusia yang sememangnya bermusuh dengan pihak kerajaan dan hanya berpura simpati kepada Ebit Liew untuk memburukkan kerajaan.

CATEGORIES