Ketua ARMADA Setiu Sifatkan Kenyataan Azman Ibrahim SAMPAH

Ketua ARMADA Setiu Sifatkan Kenyataan Azman Ibrahim SAMPAH

Ketua Armada Setiu, Mohd Arnold menyelar kenyataan Azman Ibrahim dalam isu Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Terengganu.

Azman sebelum ini mengatakan tiada perubahan dalam struktur sediada namun diwujudkan kuota tambahan untuk ahli UMNO sebanyak 3 orang dan BERSATU, 2 orang.

“Kita raikan rakan parti PN dengan menjemput mereka bagi mengisi kuota tambahan 5 ahli JPKK menjadikan jumlah semua 20 AJK JPKK sambil mengekalkan komposisi 15 AJK MPKK yang sedia ada sekarang untuk kuota parti kerajaan negeri dalam proses penjenamaan baru MPKK kepada JPKK bermula 1 Januari 2021 nanti.” Kata Azman dalam satu kenyataan.

“Sehingga PRU 15, Kerajaan Negeri Terengganu memutuskan bahawa rumah yang sedia ada tak perlu dirobohkan untuk dibina baru. Kita hanya tambah serambi sahaja untuk wujudkan ruang rumah yang lebih luas.” katanya lagi

Ketua Pemuda UMNO Terengganu, Tengku Hapiez pula meminta Terengganu menangguhkan perancangan terbabit dan selesaikan dahulu masalah berbangkit terutama isu covid19.

Ini meyaksikan struktur asal kekal dengan PAS sebagai Pengerusi, timbalan, setiausaha, bendahari dan 11 ajak lain.

CATEGORIES