Kerajaan Tolak Idea PAS Untuk Mansuh Sekolah Vernakular

Kerajaan Tolak Idea PAS Untuk Mansuh Sekolah Vernakular

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Sadique, memberi jaminan kerajaan tidak akan mengubah sistem pendidikan negara dengan memansuhkan sekolah vernakular, demi mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Lapor Berita Harian, usaha memupuk perpaduan negara dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia berupaya dirintis menerusi kaedah lain, bukan dengan idea memansuhkan sekolah vernakular.

Tambah beliau lagi, kerajaan ketika ini menggiatkan inisiatif untuk menyuntik kesedaran berhubung kepentingan perpaduan dengan menghayati aspek rukun negara bermula di peringkat awal.

Tiga kementerian terlibat dalam usaha ini, iaitu Kementerian Pendidikan (KPM), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) serta Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dan satu jawatankuasa teknikal, ditubuhkan.

Tahun lalu, PAS mendesak kerajaan supaya menghapuskan sistem pendidikan vernakular di negara ini. Menurut Wakil Dewan Muslimat Pas, Salamiah Md Nor berkata,ini kerana dasar terbabit tidak menyumbang kepada perpaduan kaum.

“Saya selaku wakil kepada Dewan Muslimat Pas menyeru dan mengharapkan kerajaan mengambil tindakan dan memberhentikan pendidikan vernakular. Kita melihat sistem ini tidak mendekatkan kepada jurang persefahaman antara kaum,”

CATEGORIES