Kerajaan PN Tolak Cadangan PH Untuk Lanjut Moratarium

Kerajaan PN Tolak Cadangan PH Untuk Lanjut Moratarium

Perbentangan belanjawan oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul menjelaskan bahawa kerajaan tidak menerima cadangan Pakatan Harapan untuk melanjutkan moratorium.

Walaubagaimanapun, bank membenarkan golongan kategori B40 untuk memilih dari dua pilihan sekiranya mereka menghadapi masalah untuk membayar pinjaman iaitu boleh memilih samada memilih moratorium tiga bulan atau mengurangkan pembayaran ansuran bulanan mereka sebanyak separuh selama enam bulan.

Mereka yang berada dalam kategori M40 boleh menyusun semula pakej kewangan mereka melalui proses pengisytiharan diri sekiranya mereka mengalami pengurangan pendapatan.

Sebelum ini, Pakatan Harapan (PH) meminta lanjutan program moratorium pinjaman sehingga 31 Mac tahun depan.

langkah tersebut diperlukan bagi memastikan kemampanan sektor ekonomi terutamanya di Lembah Klang selepas kerajaan mengambil keputusan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Menurut Anwar yang juga pengerusi Pakatan Harapan, rakyat dilihat masih belum jelas soal stategi kerajaan dalam menangani kemelut ini dan
tentang bagaimana harus dibangunkan semula ekonomi.

CATEGORIES