Kerajaan Perikatan Nasional Bakal Tumbang Bila Bila Masa

Kerajaan Perikatan Nasional Bakal Tumbang Bila Bila Masa

Presiden Keadilan, Dato Seri Anwar Ibrahim semalam mengumumkan bahawa beliau sudah mempunyai cukup ahli parlimen yang menyokong beliau membentuk sebuah kerajaan mengantikan kerajaan Perikatan Nasional.

Anwar semalam menyebut beliau telah memperoleh jumlah yang meyakinkan dan kerajaan pimpinan Tan Seri Muhyidin Yassin telah pun jatuh.

Anwar mendakwa beliau mendapat hampir majoriti 2/3 kerusi parlimen dan jauh lebih stabil berbanding kerajaan hari ini yang hanya mempunyai 2 kerusi majoriti.

Turut ditanya berkenaan siapa mereka yang menyokong, Anwar menjawab ia terdiri dari ahli parlimen dari perbagai parti, dan tidak terhad hanya dari rakan komponen Pakatan Harapan serta sekutu sewaktu PRU14.

Anwar menambah, maklumat yang lebih detail hanya akan didedahkan kepada umum setelah beliau mengadap Yang Di Pertuan Agong.

Sekiranya dakwaan Anwar benar, kerajaan PN bakal tumbang pada bila bila masa dan menjadi kerajaan tersingkat dalam sejarah dunia.

CATEGORIES