Kerajaan Negeri tidak serius membangunkan projek Lembah Silika, hilang potensi 15,000 peluang pekerjaan

Kerajaan Negeri tidak serius membangunkan projek Lembah Silika, hilang potensi 15,000 peluang pekerjaan

Tengku Paduka Raja Engku Ibrahim Ismail, mempersoalkan apakah hala tuju sebenar projek Lembah Silika di Terengganu, menurut beliau, pelabur tidak boleh menunggu lebih lama untuk membuat keputusan kerana akan mengganggu aliran kewangan mereka sekaligus menyebabkan ramai pelabur menarik diri, lapor Daruliman.my.

Menurut Tengku Paduka, kerajaan negeri pernah menjemput para pelabur untuk menjayakan projek ini namun akhirnya terpaksa pulang dengan tangan kosong apabila ia masih tidak ada hala tuju, garis panduan, dasar dan polisi berkaitan dikeluarkan walaupun sudah empat tahun satu pengumuman ‘blueprint’ dilakukan.

Lebih mendukacitakan, terdapat desas desus mengatakan projek ini akan dibatalkan kerana pulangan pelaburannya dikatakan tidak begitu lumayan selain merosakkan alam sekitar.

Perkara ini dikesali kerana adakah kerajaan negeri tidak membuat kajian terperinci sebelum mengumumkan ‘blueprint’ projek tersebut.

Menurut Tengku Paduka, beliau percaya isu kerosakan alam boleh diminimakan kerana terdapat ramai pakar pakar konsultan alam sekitar yang berkelayakan di negara ini dan tidak sewajarnya isu terbabit yang menamatkan ‘nyawa’ projek Lembah Silika Terengganu.

“Negeri ini berkehendakkan pembangunan dalam pelbagai projek berimpak tinggi , bertujuan untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada anak tempatan kita sendiri untuk balik menyumbang tenaga dan kebolehan dalam menjayakan Projek Lembah Silika Terengganu ini.” tulis Tengku Paduka dalam satu kenyataan.

“Tambahan pula, projek projek berskala kecil juga dapat diwujudkan di sekitar kawasan projek ini dan menumbuhkan industri hiliran secara tidak langsung.

“Bahkan, kehadiran industri berskala besar seperti Projek Lembah Silika Terengganu ini mampu menjadi pemankin kepada kewujudan Bandar baahr bersempadan antara Dungun dan Marang.

Menurut Tengku Paduka lagi, beliau percaya projek ini bukan hanya boleh mewujudkan 7000 peluang pekerjaan bahkan lebih sehingga 15,000 termasuk industri hiliran disekitarnya.

Beliau turut menolak dakwaan projek ini tidak diteruskan kerana kewangan kerajaan negeri tidak mengizinkan untuk membina kemudahan infra dan premis dikawasan tersebut, menurut Tengku, pembinaan terbabit adalah tanggungjawab pelabur yang berminat dan mampu dar isegi kewangan.

Menurutnya, projek yang berkonsepkan Build Operate Transfer (BOT) memberi risiko ringan kepada pihak kerajaan negeri dan tidak melibatkan kerugian kewangan dipihak mereka.

Beliau juga melahirkan rasa bimabng dengan sikap kerajaan negeri yang membenarkan melalui kelulusan khas sebuah syarikat untuk menghantar pasir silika tanpa proses bagi tujuan pasaran tempatan akan menimbulkan persepsi bahawa kerajaan negeri bersikap ‘double standard’ dan menggalakkan konsep monopoli perniagaan .

“Kita sedia maklum bahawa perusahaan silika di Setiu yang hanya melibatkan satu peringkat sahaja dan tidak mempunyai kilang hasil akhir, dan diatas hujah ini kerajaan negeri sepatutnya tidak melambat lambatkan keputusan untuk pelabur yang lainnya yang mampu dan berminat untuk membina infra dan kilang hasil akhir siliki di Lembah Silika Terengganu”.

Tegas Tengku Paduka, silap sedemikian akan menjadi punca projek silika bakal menemukan jalan buntu.

CATEGORIES