Kenaikan Sewaan Bazar Masih Murah, Bukan Zaman P- Ramlee Nak Muroh

Kenaikan Sewaan Bazar Masih Murah, Bukan Zaman P- Ramlee Nak Muroh

Penyokong kerajaan negeri Terengganu menyifatkan kenaikan harga sewaan bazar masih murah berbanding keuntungan yang diperoleh penjual.

Mohd Ramlan Ramli dalam ruangan komen di group Terengganu Kite mendakwa rakyat perlu bersyukur kerajaan benarkan bazar dibuka dan mencadang mereka yang kritik kenaikan tidak lagi diberi tapak pada tahun hadapan.

“Krjaan bg bkak bazar pn kira syukur dah.hok mna bnyak songeh tu thun dpan jngn bg dia tapak dah rmai lg brbut nk.”

Dewata Dhurga pula meminta netizen tidak menyalahkan kerajaan kerana yang menaikkan harga adalah kontraktor kanopi.

“Bukan kerajaan yg letak harga tp org yg dpt kontrak canopy yg letak, nk tuduh tu biar bearas sikit”

Ahmad Nordin pula membidas peniaga yang mengeluh, dan meminta kalau tidak berpuas hati supaya duduk dirumah jangan berniaga;

“Mu niaga untong brapa berkira sgt klau tak puas hati dok rmh goyang kaki”

CATEGORIES