Kemaman Daerah Paling Terjejas Banjir Di Terengganu
Kredit Gambar : Page Info Banjir Terengganu

Kemaman Daerah Paling Terjejas Banjir Di Terengganu

“Kemaman mencatatkan jumlah tertinggi mangsa banjiriaitu seramai 1,665 mangsa daripada 422 keluarga yang telah dipindahkan ke 16 PPS.

Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di Terengganu hari ini meningkat kepada 2,410 mangsa berbanding 910 mangsa kelmarin.

TRDI.MY melaporkan banjir gelombang kelima di negeri ini bertambah teruk sekali gus menyebabkan peningkatan mendadak jumlah mangsa banjir di empat daerah negeri ini iaitu Kemaman, Hulu Terengganu, Setiu dan Dungun.

Seramai 612 penduduk dari 186 keluarga pula telah berpindah ke lima PPS di Dungun manakala di Hulu Terengganu, 126 mangsa dicatatkan, Setiu pula mencatatkan 7 mangsa.

CATEGORIES