Kekalahan TFC Sukar Diterima – Ahmad Said

Kekalahan TFC Sukar Diterima – Ahmad Said

Bekas Menteri Besar Terengganu menyifatkan kekalahan Terengganu FC kepada Pulau Pinang 1-4 sukar diterima kerana TFC baru sahaja menewaskan JDT pada minggu lalu.

“Kekalahan besar 1-4 kepada Penang FC agak sukar diterima selepas pencapaian membanggakan menewaskan JDT minggu lalu.”

Hasrat TFC untuk naik ke kedudukan teratas liga tidak kesampaian dan kini jatuh ke tangga ke-4 selepas 11 perlawanan.

Ahmad mengesa satu post mortem dibuat bagi mencari punca utama kemerosotan prestasi TFC semalam.

“Post mortem untuk mencari punca utama kemerosotan prestasi malam ini perlu segera dilakukan.
TFC harus segera bangkit.”

TFC tewas 4-1 kepada Penang FC pada aksi terakhir Liga Super pusingan pertama di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak 1 Mei lalu sekaligus menafikan peluang menyamai kutipan mata pendahulu liga Johor Darul Ta’zim malah tergelincir ke tangga keempat digantikan Penang FC naik ke tangga ketiga.

CATEGORIES