Kecewa Dengan Parti, Aktivis PAS Isi Borang UMNO

Kecewa Dengan Parti, Aktivis PAS Isi Borang UMNO

Bekas Pengerusi MPKK Gong Pak Jin, Mohd Rosle Mohd Ali yang juga merupakan aktivis aktif PAS Kawasan Kuala Nerus menyerahkan borang keahlian untuk menyertai UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian, Hj Apli Yusoff dalam satu majlis ringkas di Markas UMNO Cawangan Gong Pak Jin, semalam.

Pengumuman itu dibuat oleh Ketua UMNO Cawangan itu, Maliki Ismail.

Mohd Rosle sebelum ini pernah diberi tugas sebagai Ketua Keselamatan PAS Peti Undi Gong Datok dan Peti Undi Padang Nenas.

Turut hadir dalam majlis itu, Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Muhammad Hanafi Hassan.

Semakin ramai penyokong PAS kecewa dengan parti terbabit terutamanya setelah menjadi kerajaan dan sudah melupakan perjuangan asal parti selama puluhan tahun.

“Takyoh kato ambo, ustaz Azhar sendiri leni terpaksa tegur PAS, tapi jenis lalai doh dengan habuan jawatan dengan ustaz sendiri nak buat baloh”, kata seorang penyokong PAS di laman facebook Terengganu Kite

CATEGORIES