Keadilan Terengganu Ingatkan Anggota Tidak Termakan Berita Palsu

Keadilan Terengganu Ingatkan Anggota Tidak Termakan Berita Palsu

Parti Keadilan Terengganu melalui ketua penerangannya, Syed Mohd Al Amin menzahirkan rasa syukur apabila Presiden KEADILAN Dato Seri Anwar Ibrahim telah selesai mengadap YDPA mengikut protokol dan prosedur yang ditetapkan.

Beliau menyeru, anggota-anggota KEADILAN Terengganu bersabar dan bertenang sementara menunggu proses ini berjalan dengan tertib dan sempurna sejajar arahan oleh pucuk pimpinan Negeri Terengganu,

Syed Mohd Al Amin turut mengingatkan anggota-anggota KEADILAN Terengganu agar tidak termakan dengan pelbagai berita palsu yang tersebar dengan cepat dan meluas melalui pelbagai saluran media yang bertujuan menimbulkan kegusaran dan kekeliruan dikalangan anggota parti

KEADILAN Terengganu turut berikrar akan terus komited dan istiqamah dengan idealisma perjuangan dan agenda reformasi yang dibawa oleh Dato Seri Anwar Ibrahim.

CATEGORIES