Kadar Kebolehjangkitan COVID di Terengganu Tertinggi di Malaysia

Kadar Kebolehjangkitan COVID di Terengganu Tertinggi di Malaysia

Rakyat Negeri Terengganu dinasihat lebih berwaspada terhadap penularan penyakit covid-19 kerana kadar kebolehjangkitan covid-19 di Terengganu adalah tertinggi di Malaysia iaitu 1.49. Ini bermaksud 10 kes positif covid di Terengganu boleh mengjangkiti hingga 15 orang lain.

Pengguna media sosial Yanti berpesan agar Jangan percaya sesiapa walaupun rakan sekerja atau ahli keluarga pesakit. Pastikan MASK sentiasa dipakai kerana Kita tak tahu siapa yg sudah dijangkiti.

“10 kes positif di Trg boleh menjangkiti 15 individu, manakala 10 kes di Selangor boleh menjangkiti 11 individu. Itulah maksud kadar kebolehjangkitan. Kerajaan berusaha mengurangkan kadar kebolehjangkitan, sebab itu PKP dilaksanakan. So stay at home and stay safe, amalkan social distancing dan basuh tangan selalu.”

Tulis beliau di laman Facebooknya.

Rujukan : https://web.facebook.com/photo?fbid=1371572993192703&set=a.113540295662652

CATEGORIES