Jurulatih JDT Dakwa Pemain Terengganu Tiada Semangat Kesukanan

Jurulatih JDT Dakwa Pemain Terengganu Tiada Semangat Kesukanan

Setelah tewas 0-1 kepada Terengganu FC (TFC), pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora luah rasa kesal dengan corak permainan pemain TFC yang dakwanya tidak memiliki semangat kesukanan apabila kerap melambatkan permainan.

Menurutnya, tindakan pemain skuad TFC yang kerap menjatuhkan badan dengan alasan mengalami kecederaan menjejaskan aksi pada tahap tinggi dan ia berlaku selepas TFC mendahului JDT 1-0.

“Pasukan lawan akan guna apa sahaja cara untuk menghilangkan momentum permainan JDT apabila sering melambatkan permainan dengan membazirkan masa. Pemain lawan mula rebah dengan alasan mengalami kecederaan, bagi saya itu semua tiada semangat kesukanan.” Lapor portal Berita Harian

“Mereka tahu sukar tewaskan JDT dan sebaik mendahului kami dan kesempatan itu diguna sepenuhnya untuk menganggu momentum permainan yang kami rancang dan ia merupakan strategi mereka. Cara itu bagi saya menjejaskan keindahan permainan bola sepak yang sepatutnya dimainkan dengan secara lebih taktikal.

“Ke mana hilangnya semangat kesukanan. Bukan sahaja beraksi dengan kesemua pemain berkampung di kawasan sendiri dan saya akui corak digunakan TFC menyukarkan kami mencipta jaringan tapi rasionalnya biarlah bermain bola sepak dengan permainan terbuka dan bukan jatuhkan badan dan lewatkan permainan,” katanya.

Dalam perlawanan sabtu lalu, pemain tengah TFC, Mohamad Hakimi Abdullah muncul sebagai wira skuad Penyu menjaringkan gol tunggal pada minit ke-57 bagi memastikan pasukannya pulang dengan tiga mata untuk kekal menghuni tangga kedua.

CATEGORIES