Jurucakap UMNO Dakwa Surat Zahid Sokong Anwar Palsu

Jurucakap UMNO Dakwa Surat Zahid Sokong Anwar Palsu

UMNO menafikan surat yang ditandatangi Presidennya bahawa parti itu menyokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri sekaligus menegaskan ia adalah palsu menurut jurucakap Pejabat Presiden UMNO hari ini.

Penafian tersebut dinyatakan dalam laman web Umno Online dimana pihak Umno menafikan sekeras-kerasnya surat yang tular kononnya menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri ke-9.

Selain Zahid, surat itu juga dikatakan turut ditandatangani oleh Najib Razak.

Portal berita Awani pula memetik Naib Presiden UMNO yang menyifatkan surat terbabit sebagai spekulasi semata mata

Bahang kepanasan politik negara kembali terasa apabila Anwar Ibrahim mendakwa memperoleh majoriti kukuh untuk membentuk kerajaan pada 23 september lalu dan sejurus setelah itu Zahid mengesahkan terdapat ramai ahli parlimen Umno menyokong Anwar dan parti itu tidak dapat menghalang mereka.

UMNO kemudiannya bermesyuarat biro politik pada 13 Oktober yang memutuskan untuk pertimbangkan kembali sokongan kepada kerajaan PN dan akan memberi syarat baharu untuk diteliti oleh Muhyidin Yassin.

CATEGORIES