Jika Anwar Berjaya, Orang Melayu Akan Tengok Betapa Pengkhianatnya UMNO – AMPT BERSATU

Jika Anwar Berjaya, Orang Melayu Akan Tengok Betapa Pengkhianatnya UMNO – AMPT BERSATU

Sinar Harian melaporkan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Dr Muhammad Faiz Na’aman mendakwa Anwar sebelum ini yakin mendapat sokongan ahli parlimen UMNO setelah kenyataan Zahid yang seolah tidak melarang ahli parlimen UMNO menyokong beliau, namun apabila ahli ahli parlimen yang yang di dakwa menyokong Anwar membuat penafian terbuka, keyakinan itu mungkin tidak berasas.

Menurut Faiz, orang melayu anggap kerjasama dengan Anwar ibarat memberi nyawa kepada agenda DAP yang pro ultra liberalisme, lapor Sinar Harian.

Menurut Faiz lagi, dua kemungkinan akan berlaku selepas ini iaitu sama ada Anwar gagal setelah Yang di-Pertuan Agong menemu duga setiap ahli Parlimen di Istana Negara atau Seri Paduka akan menyerahkan kepada Parlimen untuk membuat undian.

Namun, tegas AMPT Bersatu itu, Jika Anwar berjaya, maka rakyat khususnya orang Melayu Islam akan melihat betapa khianatnya ahli-ahli Parlimen yang sebelum ini menyokong Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin terutama daripada UMNO. Kemungkinan UMNO akan berpecah kepada dua.

Rujukan: https://www.sinarharian.com.my/article/104910/BERITA/Politik/Kenyataan-Zahid-buatkan-Anwar-lebih-yakin

CATEGORIES