Jentera PAS Langgar SOP Covid Beramai Ramai Di Jabi

Jentera PAS Langgar SOP Covid Beramai Ramai Di Jabi

Persiapan program Pelancaran Jentera Pilihan Raya PAS Dun Jabi dicemari dengan pelanggaran SOP beramai ramai oleh penyokong PAS.

Dalam satu pos yang dimuat naik oleh Azman Ibrahim, memaparkan gambar pelanggaran SOP KKM bagi mengekang penularan Covid-19 tanpa rasa bersalah.

https://www.facebook.com/ybdrazmanibrahim/posts/1521252901415302

Pos terbabit mendapat kritikan dan bantahan kuat oleh masyarakat dan netizen.

Antara yang mengeluarkan kritikan adalah pngguna Facebook Yoe DY,

“YB kan doktor kesihatan.. kenapa dibiarkan jentera tanpa MASK..” tulis Yoe

Ashraff Alias pula mengingatkan agar jentera PAS jaga SOP;

“Hope jaga sop yer jgn disebabkan pr ni habis satu trgganu xleh rentas daerah”

Muhammad Norhafizudin pula mengingatkan Azman supaya berhati muat naik gambar kerana bimbang kantoi langar SOP;

“Maaf mencelah.. molek sikit up gambo YB.. kita xtau hati manusia.. sbb rmai xpakai mask.. risau nanti ada aduan je”

Issey Issey pula melahirkan rasa kesal dan bimbang tidak dapat pulang beraya kerana tindakan jentera kempen PAS tersebut;

“Xbalik raya pulaklh kite tahun ni… Janganlah disebabkan politik covid naik balik..”

Siti Khairunnisa Fakhruddin pula mempersoalkan kenapa tidak pakai mask,

“Kenapa semua pakat x pakai face mask? Serious la 🤦🏻‍♀️”

Badryel Baharom pula menyeru PDRM supaya mengambil tindakan kepada mereka yang langgar SOP;

“Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) ni terang2 buat program tak pakai mask… jgn tutup sebelah mata. Rakyat biasa hangpa saman bagai nak gila, ni puak2 politik… kasi hantam laa, jgn double standard. 😤”

Pok Long pula memberi nasihat “Bersiap sedia dari awal tu bagus dh YB.. Yg x bagusnya.. X ikut SOP”

Atan Leccas pula bertanya “Oi lebai Pas, SOP mana.. SOP mana..Mana mask weii..”

CATEGORIES