Jalanraya tidak diselenggara, nak tunggu menteri kecelakaan ke baru nak bertindak? Soal netizen

Jalanraya tidak diselenggara, nak tunggu menteri kecelakaan ke baru nak bertindak? Soal netizen

Seorang pengguna jalan raya tidak berpuas hati dengan kerja memotong rumput di sepanjang jalan sekitar Kertih.

Beliau yang dikenali sebagai Sukeri Salleh menerusi laman Facebooknya turut mendakwa bukan sahaja di Kertih, malah sepanjang jalan utama dari Chukai hingga Jertih.

“Aduhai… suburnya tanah pembahagi jalan… bukan Kerteh sahaja, rasanya hampir sepanjang jalan utama Chukai hingga Jertih,” runggutnya.

 

Turut disertakan beberapa keping gambar yang memperlihatkan keadaan sepanjang jalan utama yang dipenuhi rumput yang tidak dipotong.

 

Beliau turut mempertikaikan peranan agensi yang sepatutnya bertanggungjawab dalam memastikan keindahan bandar terpelihara.

“Dulu tidak begini. Mengapa kian merosot? Tanggungjawab siapa ni. Roadcare, JKR, PBT??,” soal beliau.

 

CATEGORIES