Jadi menteri tapi sibuk dengan Langkah Sheraton

Jadi menteri tapi sibuk dengan Langkah Sheraton

Datuk Seri Mohamad Azmin Ali didakwa gagal menjayakan Kementerian Ekonomi yang beliau jaga semasa kerajaan Pakatan Harapan kerana beliau bukan individu yang multitasker.

Bahkan kegagalan yang paling ketara kepada beliau adalah gagal membantu golongan peneroka Felda ketika suasana ekonomi sangat memerlukan bantuan kerajaan.

“Kalau benarlah YB Azmin seorang yang bukan multitasker dan berfokus kepada satu perkara sahaja, benarlah beliau gagal sebagai Menteri Ekonomi kerana beliau tidak mahu jawatan itu.

“Beliau mahu jawatan yang lebih besar lagi dan fokus usaha ke arah itu melalui Langkah Sheraton,” kata bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad Salam wawancara khas beliau dengan Malaysia Dateline.

Beliau mengulas dakwaan Azmin bahasa kerajaan PH selama 22 bulan telah gagal padahal beliau adalah salah seorang Menteri yang memegang jawatan yang kanan Dan Felda terletak di bawah beliau.

Sebelum ini tidak mana-mana rakan sejawat beliau yang membangkitkan soal kegagalan beliau sebagai menteri yang menjaga hal ehwal ekonomi atas dasar semangat setiakawan.

Padahal ramai sedar antara kelemahan utama kerajaan PH adalah ekonomi.

Azmin hanya melancarkan projek besar iaitu Dasar Kemakmuran Bersama Dan Kertas Puteh Felda tetapi tidak siapa yang tahu dengan jelas kesan dan hasilnya kepada rakyat dan negara.

“Rupanya beliau fokus kepada Langkah Sheraton kerana beliau tidak minat dengan Menteri Ekonomi dan mahu jawatan yang lebih tinggi,” kata Dr Dzul, ahli Parlimen Kuala Selangor itu.

CATEGORIES