Isu Tanah RTB – Lagi Kerajaan Negeri Tindas Rakyat

Isu Tanah RTB – Lagi Kerajaan Negeri Tindas Rakyat

Pemuda UMNO Besut, Rozaini Rasli membangkitkan sekali lagi berkenaan isu Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) dimana permasalahan yang sedang menimpa peserta RTB Tok Saboh atau juga dikenali RTB Kandang Lembu bersebelahan Perumahan Rakyat yang akan diberimilik tidak lama lagi.

Dilaporkan, peserta RTB telah dipanggil untuk berunding dengan kepimpinan baru kerana dalam kalangan peserta RTB ini adalah kalangan kepimpinan JSR lama. Oleh kerana sebahagian tanah RTB telah dibangunkan dengan perumahan rakyat oleh kerajaan terdahulu, maka baki lot RTB tersebut telah menjadi sedikit menyebabkan kepimpinan kini terpaksa mengecilkan lot RTB tersebut dari berkeluasan 1000 meter persegi kepada 400 meter persegi 1 lot.

Menurutnya lagi, masalah ini timbul apabila pemimpin kerajaan baru berpandangan kaedah tersebut dapat memenuhi kehendak semua peserta RTB, jika tidak dikecilkan Lot tersebut, maka ramai yang akan tidak berpuas ati kerana ada yang tidak mendapat tanah RTB.

Satu perundingan telah dilakukan pada minggu lepas dengan peserta RTB, melibatkan Wakil Pejabat Tanah dan Penyelaras DUN Kuala Besut sehinggakan berlaku pertengkaran kecil di kalangan peserta RTB dan Penyelaras DUN bagi mempertahankan tanah RTB kekal berkeluasan 1000 meter persegi dan tidak bersetuju untuk mengecilkan Lot kepada 400 meter persegi.

“Walauapapun keputusan yang telah dibuat, saya berharap peserta RTB terus tabah, walaupun dapat lot semakin kecil, kita perlu sedar yang daerah kita ini sudah kehabisan tanah untuk diberimilik kepada rakyat. Yang ada ini terpaksa dikecilkan semata-mata untuk memenuhi semua kehendak.” tulis Rozaini pada laman Facebook beliau.

Menurutnya, tindakan kerajaan PAS berbeza berbanding zaman Barisan Nasional yang lebih cenderung memberi rumah mampu milik kepada rakyat berbanding memberi tanah lalu kemudian dibiarkan terbiar atau dijual.

“Sangat berbeza di zaman kerajaan Barisan Nasional dulu, kerajaan lebih suka memberi milik rumah kepada rakyat daripada memberi tanah kemudian terbiar atau dijual kepada pihak ketiga. Ianya lebih berkesan dalam membantu rakyat.”

Menurutnya lagi, Pemuda UMNO Besut sentiasa mengambil berat permasalahan masyarakat yang sering kali ditindas.

CATEGORIES