Instafamous Seksi Mohon Maaf Susulan Gambar Bersama PU Amin

Instafamous Seksi Mohon Maaf Susulan Gambar Bersama PU Amin

Personaliti media sosial Nadira Isaac yang sebelum ini tular gambarnya bersama PU Amin hari ini tampil memohon maaf susulan gambar tersebut membawa kesan buruk kepada pihak yang terbabit.

Melalui Instagram miliknya,Nadira Isaac itu memaklumkan dia tidak menyangka gambar tersebut boleh memberi kesan buruk kepada mana-mana pihak dan ia telah pun dipadamkan akaun media sosialnya.

“Saya dengan rendah diri ingin memohon maaf dengan PU Amin kerana terpalit dengan isu ini…Saya juga telah memadam hantaran itu untuk menghormati PU Amin.

“Tujuan berkongsi gambar itu ialah kebiasaan saya di Instagram, sama seperti hantaran saya sebelum ni. Tapi mungkin kali ini saya akui kesilapan saya,” katanya

Nadira juga mengucapkan terima kasih kepada Amin atas tazkirah yang sangat berguna kepada tetamu di majlis tersebut yang menurutnya sesuai kerana dia endiri banyak bergaul dengan golongan LGBT

“Saya rasa pendekatan tazkirah PU sangat sesuai kerana saya banyak kawan daripada golongan LGBT. Sedikit sebanyak mampu mendekati diri saya dan juga rakan-rakan.

CATEGORIES