HSNZ Sahkan 48 kakitangan Hospital Positif Covid-19

HSNZ Sahkan 48 kakitangan Hospital Positif Covid-19

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, mengesahkan dakwaan tular bahawa kakitangan hospital sultanah Nur Zahinah, terkena jangkitan Covid-19.

Seramai 48 petugas HSNZ disahkan positif covid-19 pada 29 Jan lalu dan kesemua mereka kini telah diasingkan dan diberi rawatan.

Kesemua kontak rapat mereka juga telah disaring dan diasingkan.

Menurut Dr. Nur Azmi, pengarah kesihatan negeri, keadaan hospital masih terkawal dan perkhidmatan kecemasan,dewan bedah dan ICU masih dijalankan namun bagi mengelakkan sebarang risiko,bagi pesakit yang ingin mendapat rawatan dari kes kes ringan di jabatan kecemasan dan trauma tidak dapat buat masa ini dan dinasihatkan untuk ke klinik kesihatan berdekatan.

Piahk jabatan juga menasihat orang awam tidak menularkan berita tidak benar yang boleh mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat.

CATEGORIES