“Hormati privasi, semua bertenang” ulas Setpol Azmin yang enggan jawab tentang status COVID19 Azmin.

“Hormati privasi, semua bertenang” ulas Setpol Azmin yang enggan jawab tentang status COVID19 Azmin.

Setiausaha Politik Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meminta orang ramai untuk menghormati privasi Menteri Kanan Perikatan Nasional (PN) itu, selepas timbul dakwaan mengatakan beliau positif Covid-19.

Menerusi siri hantarannya di Twitter, Muhammad Hilman Idham berkata beliau menerima banyak persoalan tentang kesihatan ahli Parlimen Gombak itu.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkannya dan meminta orang ramai untuk bertenang

“Terima banyak pertanyaan tentang kesihatan dan kedudukan DS @AzminAli ketika ini.

“Saya harap semua pihak menghormati privacy beliau dan keluarga.

“Mohon semua bertenang dan mendoakan keselamatan dan keafiatan rakyat Malaysia,” ciapnya.

Tindakan itu menimbulkan kemarahan orang ramai yang mengatakan ianya bukan lagi privasi dan sekiranya Azmin positif, perkara itu perlu didedahkan agar mereka yang lain dapat melakukan ujian saringan Covid-19.

“Kalau positif cakap positif. Orang nak pergi swab test. Privasi apa benda pula ni,” tulis Zhair.

“Bagitahu mana dia dah pergi sebelum ini sebab nak buat ‘contact tracing’. Jangan jadi bodoh dan selfish (pentingkan diri) sangat boleh tak?,” tulis mohd hafidh.

“Isu Covid-19 bukan privasi lah,” tulis akaun captsancho7

CATEGORIES