Gangguan bekalan air di Kuala Terengganu berterusan, menyusahkan rakyat terbanyak

Gangguan bekalan air di Kuala Terengganu berterusan, menyusahkan rakyat terbanyak

Syarikat Air Terengganu (SATU) lewat petang semalam telah mengeluarkan satu notis tentang gangguan bekalan air yang berlaku dan ianya telah berlarutan sehingga hari ini.

 

Dalam notis yang dikeluarkan semalam, sebanyak 46 kawasan melibatkan lebih 31,000 akaun terjejas di Parlimen Kuala Terengganu manakala lebih 8,000 akaun terjejeas dari 24 kawasan di Parlimen Marang.

 

Ianya dijangka pulih sepenuhnya pagi jam 5 pagi hari Sabtu nanti.

 

Tinjauan TerengganuFokus di kumpulan Facebook mendapati ramai netizen meluahkan rasa tidak puas hati sejak gangguan ini berlaku minggu lepas.

 

“Semalam start pukul 10 tadok air. Notis tadok. Sian orang sebeloh umoh ambe beranok kecik, tengoh2 malam nok g bilik air, nk tuko pampers baby. Biasa kalau malam tadok air pun, 6 suku tu ada doh nok wudhu”. Pah ni, nok tunggu sapa pukul berapa?” Luah seorang pengguna Facebook dari Bukit Payong bernama Sya Rahimah.

 

Zailani Ariffin dalam satu komen lain menyindir kerajaan negeri dengan beranggapan kerajaan bawah PAS terkenal dengan masalah air sama seperti Kelantan. Malah di Terengganu ada royalti minyak tetapi air tiada (pengurusan lemah).

 

CATEGORIES