Gagal urus sampah, netizen kecewa dengan PBT Majlis Perbandaran Dungun

Gagal urus sampah, netizen kecewa dengan PBT Majlis Perbandaran Dungun

Seorang pengguna Facebook dari Dungun , Shariff Dol Assnawi mendakwa PBT MPD gagal menguruskan pengurusan sampah di daerah dungun. Menurut beliau sampah sampah bergelimpangan dihadapan rumah rumah taman.

“Disini saya melihat kegagalan PBT MPD menguruskan peralihan pengurusan sampah dalam daerah Dungun. Bermula sejak 1 Januari 2021 saya dah nampak sampah2 bergelimpangan di hadapan rumah2 taman. Mungkin makluman pemberhentian perkhidmatan punggutan sampah oleh kontraktoe pembersihan telah dihentikan serta merta.” , tulis Shariff dalam group facebook “Geng2 Paka.. Dungun..”

Menurut beliau lagi,MPD cuma memberi masa 10 hari hebahan pemberhentian sekaligus menunjukkan MPD tidak peka dengan masalah yang akan berlaku.

Beliau juga kesal apabila tong tong ditempat pembuangan awam tidak ditambah. Tambah Shariff, Pungutan sampah oleh MPD (perkhidmatan berbayar) akan dilaksanakan bermula Februari 2021.
bermakna , rakyat Dungun mempunyai masa 1 bulan untuk memguruskan sampah sendiri ditempat pembuangan sampah awam.

Beliau mempersoalkan mengapa peralihan perkhidmatan dilaksanakan dengan tergesa gesa tanpa perancangan yang rapi sehingga menyusahkan rakyat Dungun.

Dakwaan beliau disokong dengan perasaan kesal oleh ramai lagi penduduk Dungun antaranya Ubaidillah Shaari, menurut beliau sampah bertimbun akan membawa anjing ke kejiranan. Beliau mengesa perlaksanaan ditambah baik dan meminta kontraktor asal dikekalkan.

“plaksanaan kena tambh baik smula la..kekalkn smula pkerja kontraktor 2..jgn nk bolot smua..nnt x tkejar..” tulis Ubaidillah

Rujukan : https://www.facebook.com/groups/333935379989181/permalink/3552563274793026/

CATEGORIES