Fahmi Fadzil Minta Annuar Musa Hormati Proses

Fahmi Fadzil Minta Annuar Musa Hormati Proses

Ketua penerangan Keadilan, Fahmi Fadzil meminta Annuar Musa menghormati proses apabila Annuar mendesak Anwar Ibrahim mendedahkan senarai nama ahli parlimen yang menyokong beliau.

Annuar Musa berkata, rakyat perlu tahu siapa sebenarnya ahli-ahli Parlimen menyokong dengan Presiden PKR, ketika negara diancam pandemik koronavirus (Covid-19).

Annuar mendesak Anwar mendedahkan senarai sebenar ahli Parlimen yang didakwa akan dibawa menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah pada Selasa ini.

“Di saat rakyat dalam keresahan dan penularan wabak Covid-19 yang mengancam nyawa, bagaimana boleh mereka melayan kemaruk kuasa dan cuba menggugat kestabilan negara ini?

“Kita harap senarai sebenar segera didedahkan supaya rakyat kenal siapa mereka,” kata Annuar dalam twitter milik beliau

Anwar sebelum ini mengumumkan beliau telah mendapat perkenan menghadap Al-Sultan Abdullah pada 13 Oktober ini dan akan menggunakan peluang tersebut untuk beliau mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti ahli Parlimen yang didakwa menyokongnya.

Anwar juga mengatakan senarai nama penuh ahli parlimen yang menyokong beliau hanya akan didedahka setelah ia dibentangkan dan dipersembahkan kepada YDPA.

CATEGORIES