Exco Terengganu Terima “hadiah” Kereta Proton X70 Dari Syarikat Milik Warga Bangladesh?

Exco Terengganu Terima “hadiah” Kereta Proton X70 Dari Syarikat Milik Warga Bangladesh?

Portal Terengganureport, melaporkan bahawa seorang Exco Kerajaan Negeri Terengganu dipercayai menerima ‘hadiah’ sebuah kereta Proton X70 bernilai kira-kira RM120,000 daripada pengarah sebuah syarikat pengeluaran pelitup muka.

Menurut portal terbabit, syarikat tersebut diterajui warga Bangladesh dan terlibat dalam satu pelaburan bersama sebuah yayasan milik kerajaan negeri membabitkan projek pelitup muka bernilai kira-kira RM9 juta, tahun lalu.

Exco berkenaan merupakan Pengerusi sebuah jawatankuasa berkaitan pelaburan di yayasan itu dan kini Exco tersebut telah disiasat oleh SPRM, lapor Terengganureport.

Pada Mac lalu, media melaporkan Pengarah yayasan itu direman tujuh hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan projek tersebut.

Menurut portal terbabit, turut disiasat, seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang juga Pengerusi kepada sebuah anak syarikat yayasan itu.

Selain kereta Proton X70, pengarah syarikat itu dipercayai turut ‘menghadiahkan’ wang tunai, berlian dan komputer riba kepada beberapa pihak yang berkaitan.

Sumber : https://www.terengganureport.com/2021/06/siapa-ahli-exco-terengganu-terima.html

CATEGORIES