Ketua Pemuda UMNO Johor Sindir Wan Fayhsal Ketua Surat Sokongan

Ketua Pemuda UMNO Johor Sindir Wan Fayhsal Ketua Surat Sokongan

Rentetan tidak berpuas hati dengan kenyataan Ketua Armada BERSATU yang seolah mendakwa UMNO kehilangan kepercayaan rakyat dan liabiliti, Exco Pemuda UMNO Pusat, Hairi mendakwa itu merupakan kenyataan seorang ketua Surat sokongan. MMerujuk kepada video viral Wan Fayhsal sewaktu berkempen jawatan ketua Armada yang menawarkan surat sokongan sekiranya menang pemilihan.

“Memang standard ketua ‘surat sokongan'”tulis Mohd Hairi yang juga merupakan ketua pemuda UMNO Johor

“JIKA begitulah level Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Kamal, maka benarlah dakwaan bahawa dia menang jawatan berkenaan atas faktor ‘surat sokongan’.” tambah Hairi.

Beliau turut menambah bahawa Wan Fayhsal cukup angkuh dalam pertuturan apabila mendakwa kemenangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di Sabah adalah atas kekuatan Perikatan Nasional (PN) yang tidak dibebani dengan isu legasi dan kepercayaan serta menegaskan, kemenangan PN juga hasil kekuatan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ‘tidak ponggah’, tidak angkuh dan meraikan kerjasama.

Hairi menasihati Wan Ahmad Fayhsal, “cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.”

Hairi mengingatkan Wan Ahmad Fayhsal, bagaimana kerajaan PN tertubuh dan Jika tiada penglibatan atau penyertaan dari Barisan Nasional (BN) dan UMNO, kerajaan PN tidak akan terbentuk.

Hairi menyatakan kesian kepada Wan Ahmad Fayhsal kerana dengan levelnya sebagai ketua ‘surat sokongan’ dia tidak memahami suasana politik negara serta cepat lupa atau tidak sedar diri apabila berjaya memenangi jawatan Ketua Armada Bersatu.

Menurut Hairi lagi , BN kini membentuk 43 kerusi di Dewan Rakyat, jumlah terbesar bagi gabungan PN. Jika tiada sokongan BN dan UMNO, PN tidak akan terbentuk, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak akan menjadi Perdana Menteri, GPS tidak akan memperoleh kemenangan di PRN Sabah.

Beliau turut menegaskan jika PN tidak terbentuk, Wan Ahmad Fayhsal tidak akan bergelar Timbalan Menteri dan pasti sukar baginya memperoleh ‘surat sokongan’ dan turut mengingatkan Wan Ahmad Fayhsal,bahawa BERSATU hampir karam namun tapi demi rakyat dan negara, BN dan UMNO bersedia bekerjasama dengan Bersatu dan PAS seterusnya membentuk kerajaan baru menggantikan Pakatan Harapan (PH).

Ketua Pemuda UMNO Johor terbabit turut berpesan Kepada Wan Ahmad Fayhsal, janganlah baru mencapai satu kemenangan dan membentuk kerajaan negeri Sabah dengan perolehan kerusi yang ‘cukup-cukup makan sahaja’ sudah dilihat mahu mendabik dada, jika PN bersendirian kerajaan Sabah pasti kekal milik parti Warisan dan mengingatkan Wan Fayhsal jika hendak menghantar jurucakap untuk mengkritik Ketua Pemuda UMNO Malaysia setelah Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkannya jangan melampau supaya carilah seorang yang matang dan ada kedudukan bukannya budak mentah politik.

“Siapa sebenarnya yang kurang kasih sayang? Wan Ahmad Fayhsal dan Luqman Hakim kah? Jika benar mendapat sokongan akar umbi, mengapa perlu bercakap tentang ‘surat sokongan’ bagi meraih undi untuk menang jawatan Ketua Armada?”

“Tertawa saya membaca kenyataan Luqman Hakim di dalam laman sosial Facebooknya, sudahlah ketuanya level ketua ‘surat sokongan’, pengikutnya juga level budak ‘surat sokongan’. Itu sahajakah standard Armada Bersatu?”

CATEGORIES