Elaun Penarik Beca Zaman BN Dimansuh Zaman PAS

Elaun Penarik Beca Zaman BN Dimansuh Zaman PAS

Penarik Beca di Negeri Terengganu antara mangsa kerakusan kerajaan negeri yang menarik balik elaun yang pernah diberikan pada pentadbiran kerajaan BN sebelum ini.

Ketika pendemik covid-19 berleluasa, dan pendapatan merosot teruk, penarik beca di Pasar Payang Kuala Terengganu terpaksa berharap pada ehsan luar untuk menampung kehidupan mereka.

“Sekarang ini banyak sedih, sedih sangat, pelancong sudah lama tidak datang, pengunjung dalam negeri pun tidak ada,dulu hari hari penuh, sekarang ini tidak akan orang naik,kita orang beca pun kering” kata seorang pemandu beca,Pak Wahab dipetik dari portal Malaysiadateline.

Beliau turut melahirkan rasa kesal kerana Menteri Besar mahupun wakilnya tidak pernah turun menjenguk nasib mereka untuk bertanya khabar sementelah lagi untuk memberi bantuan.

“Sumbangan kerajaan negeri tidak ada, sumbangan aidilfitri tiada, elaun jauh lagi” keluh Pak Wabah.

Beliau juga melahirkan rasa kecewa surat permohonan bantuan kepada menteri besar sejak lebih setahun lalu tidak dilayan hingga kini.

“Dulu ada elaun RM200 sebelum, sekarang dah tak ada, kita tak tahu kenapa, kita pernah minta dengan wakil rakyat, dia kata insyallah tapi insyallah sahaja lah dekat setahun sudah” luah Pak Wahab.

Sumber rujukan :Malaysiadateline

CATEGORIES