Elak Covid – DAP Gesa UMNO Diberi Menang Tanpa Bertanding

Elak Covid – DAP Gesa UMNO Diberi Menang Tanpa Bertanding

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menggesa semua parti politik supaya mengelak meletak calon dan memberikan kemenangan tanpa bertanding kepada Umno, lapor Malaysiakini.

Menurut beliau, ini bertujuan untuk mengekang penularan wabak Covid-19 semasa proses pilihan raya kecil.

Ahli parlimen Gerik, Hasbullah meninggal dunia semalam akibat serangan jantung dan sekaligus mengundang satu lagi pilihan raya kecil dalam 60 hari.

“Sebagai pengiktirafan khidmat beliau dan bahawa Malaysia berada dalam gelombang ketiga jangkitan Covid-19 yang teruk, seharusnya tidak ada pertandingan dalam pilihan raya kecil oleh parti-parti untuk melawan Umno,”seru Lim Guan Eng.

Lim Guan Eng turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Hasbullah.

“Walaupun berada di sebelah pihak berlawanan, Hasbullah telah berkhidmat lebih daripada dua penggal sebagai ahli parlimen dan kepada rakyat di kawasannya,”

Kematian Hasbullah menjadikan dua parlimen kini kosong iaitu Gerik dan Batu Sapi yang sebelum ini turut kehilangan wakil rakyatnya setelah kematian Liew Vui Keong dari parti Warisan pada 2 Oktober.

CATEGORIES