Dusuki dakwa menang saman ke atas Miqdad sebelum perbicaraan dimuktamadkan

Dusuki dakwa menang saman ke atas Miqdad sebelum perbicaraan dimuktamadkan

KUALA TERENGGANU, 3 MAC : Ahmad Dusuki Abd Rani semalam telah hadir ke Mahkamah Kuala Terengganu bagi taksiran ganti rugi ke atas saman fitnah yang dilakukan oleh Miqdad Zakaria.

Bekas calon PAS DUN Kota Anggerik, Shah Alam itu  diwakili oleh firma Tetuan Srihana Mohamad & Partners melalui Peguamnya Mohd Jamil Bin Yaacob bersama Wan Srihana Wan Mohamad, lapor shahalamku.com

Laman web tersebut juga mendakwa mahkamah bersetuju dan memberikan taksiran gantirugi sebanyak RM200,000 beserta kos untuk kes pertama Dan kes kedua sebanyak RM200,000 beserta RM50,000 untuk gantirugi teladan beserta kos.

Miqdad dalam satu maklumbalas kepada berita ini telah memuatnaik satu status secara sinis agar jangan diulang perangai seperti kes Sarawak Report.

“Dulu ‘bertempik’ menang saman lawan Sarawak Report.. Last sekali dalam diam bayar belakang tabir nak tutup kes..

Harapnya jangan ulang benda sama dah la yer..”

Menurut Miqdad, perbicaraan kes ini masih belum selesai sepenuhnya tetapi pihak Dusuki telah mendakwa menang saman persis seperti kes Sarawak Report yang telah disaman Presiden PAS sebelum ini yang berakhir dengan Presiden PAS terpaksa selesaikan di luar mahkamah dengan membayar sejumlah RM1.4 juta walaupun yang menyaman Sarawak Report adalah Abd Hadi Awang.

Perbicaraan akan memasuki fasa seterusnya di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

CATEGORIES