Dr. Maszlee Umum Tarik Diri Dari Pejuang

Dr. Maszlee Umum Tarik Diri Dari Pejuang

Belum pun ROS meluluskan penubuhan parti Pejuang, salah seorang pemimpin Penaja parti, Dr Maszlee Malek mengumumkan menarik diri dari ajk penaja parti Pejuang.

“Perbagai persoalan timbul setelah kenyataan media dari parti Pejuang keluar tanpa nama saya, kenyataan media ini adalah untuk menjelaskan keadaan terkini saya dan parti Pejuang”

“Saya Dr Maszlee Bin Malek, ahli parlimen Simpang Renggam dengan ini mengumumkan penarikan diri sebagai ahli jawatankuasa penaja penubuhan parti Pejuang”

Menurut Maszlee, beliau mengeluarkan kenyataan terbabit setelah parti Pejuang mengeluarkn satu kenyataan media yang tidak disertakan nama beliau berbanding sebelumnya setiap kenyataan bersama parti Pejuang akan membawa bersama kelima nama ahli parlimen penaja parti tersebut.

Maszlee berkata beliau kini akan menumpukan hal kebajikan masyarakat Simpang Renggam dan meluahkan rasa muak dengan politik elitis yang mencatur politik negara.

Maszlee sebelum ini dalam pentadbiran Pakatan Harapan merupakan Menteri Pendidikan yang kemudian dipercayaai dipaksa untuk meletak jawatan pada akhir 2019.

CATEGORIES