Dr Mahathir Cabar Zafrul Dedah Senarai Penuh Projek Rundingan Terus

Dr Mahathir Cabar Zafrul Dedah Senarai Penuh Projek Rundingan Terus

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mencabar Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz untuk menerbitkan senarai penuh 101 projek bernilai RM6.61 bilion yang didakwa diluluskan oleh kerajaan Pakatan Harapan ketika mentadbir selama 22 bulan.

Bekas perdana menteri meminta Zafrul menyiarkan senarai projek termasuk nama-nama mereka yang mendapatkannya.

“Malangnya Tengku Zafrul tidak menyenaraikan secara terperinci projek projek tersebut.

“Untuk memastikan prinsip ketelusan ataupun “transparency” diamalkan, saya menyeru supaya senarai projek projek tersebut diumumkan bersama dengan nama mereka-mereka yang dapat kelulusan tidak kira siapa mereka.

“Keikhlasan menteri kewangan dalam perkara ini amat dialu-alukan. Rakyat berhak mendapat maklumat penuh berkenaan perkara ini,” kata Dr Mahathir.

Semalam, Tengku Zafrul ketika berucap di parlimen mendakwa bahawa 101 projek bernilai RM6.61 bilion telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan melalui rundingan langsung di bawah pemerintahan bekas Pakatan Harapan.

CATEGORIES