Dituduh Takut Mati, Dr Norhisham Jawab Ahli Parlimen PN

Dituduh Takut Mati, Dr Norhisham Jawab Ahli Parlimen PN

Tidak timbul isu takut mati sebagaimana dakwaan ahli parlimen Bintulu terhadap Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham.

Dr Noor Hisham menegaskan setiap sesuatu yang bernyawa pasti akan mati. Menurut Dr Noor Hisham, beliau sudah turun padang pada akhir Ogos lalu untuk melihat sendiri bagaimana persiapan anggota Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Sabah dan turut memberikan arahan kepada timbalan beliau, Dr Chong untuk turun sama.

“Jadi tidak timbul isu kita takut mati, Kita sebagai Islam, kita terima di mana-mana pun kematian boleh berlaku,” katanya.

Tambah Dr Noor Hisham, KKM telah membuat perancangan yang khusus untuk Sabah.

Terdahulu, Ahli Parlimen Bintulu yang juga Duta Khas PM ke China, Tiong King Sing, mengecam Dr Noor Hisham kerana dianggapnya lebih banyak mencari publisiti dan seolah-olah takut mati kerana tidak turun padang. Tindakan tersebut mendapat kemarahan ahli parlimen DAP yang menyelar tindakan Tiong menyerang penjawat awam. Ahli parlimen DAP tersebut kemudiannya dihalau keluar dewan.

CATEGORIES