Dimana Azan Ismail?

Dimana Azan Ismail?

Ahli PKR Terengganu, persoal kelibat Azan Ismail yang tidak kelihat ketika rakyat dan ahli dalam kesusahan.

Individu terbabit turut membangkitkan bahawa Presiden PKR , Anwar Ibrahim sentiasa turun padang tetapi pimpinan utama PKR Terengganu terus menghilang.

“Kalau kita melihat DSAI tiap tiap hari turun padang tengok rakyat, tetapi 3 orang seperti gambar di bawah ke mana menghilang?.”

“Dikhabarkan jugak Azan Ismail Pakar Ekonomi yang tiada tolak bandingan pun hilang tanpa dikesan jadi Pengerusi PKR Negeri tapi tak buat kerja banyak tinggal di Kuala Lumpur menjilat pusat.” tulis ahli terbabit disiarkan page PKR Kuala Nerus.

Tiga persoalan ditanya iaitu apa plan tindakan MPN PKR Negeri Terengganu bagi membantu rakyat Terengganu untuk menghadapi “LOCK DOWND” 3.0 ini.

Beliau turut mempersoalkan dimana Azan Ismail sebagai pengerusi MPN sekarang. Menurutnya kali terakhir di lihat di majlis berbuka puasa sebelum menyambut hari raya baru baru ini.Lepas itu hilang tanpa dikesan.

“Adakah kali ini kami ahli ahli PKR Negeri Terengganu terpaksa bising pulak dalam Group Wassap MPN Negeri berkenaan dengan bantuan LockDown,seperti yang terjadi sebelum ini.Bila kena tekan baru nak buat.” , rintih ahli PKR Terengganu.

Mereka juga meminta jika ada bantuan jangan hanya diberi kepada kroni Wan Ismail dan Wan Bukhari seperti sebelumnya. Dan meminta MPN Terengganu untuk ambil cakna kepada ahli.

“Kalau ada bantuan jangan bagi pada puak puak Wan Ismail dan puak puak Wan Bukhari sahaja.Seperti yang terjadi pada bantuan yang lepas.”

“Diharap MPN Negeri Terengganu Ambil Cakne Skit Pada Ahli Ahli PKR Negeri Terengganu.”

CATEGORIES