Dibelenggu Isu Kerana Langgar SOP Kuarantin, Khairuddin Salahkan DAP

Dibelenggu Isu Kerana Langgar SOP Kuarantin, Khairuddin Salahkan DAP

Menteri Pas,Mohd Khairuddin Aman Razali menganggap beberapa isu yang membelenggu dirinya adalah sabotaj terancang daripada pemimpin PH dan DAP. Menurut Khairuddin, walaupun sudah mengakui salah langgar SOP , namun pemimpin DAP masih membangkitkan hal ini termasuk di dewan rakyat.

“Disebabkan kekhilafan itu, saya sudah dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 dan dipanggil memberi keterangan di Bukit Aman. Saya anggap diri saya menjadi mangsa sabotaj terancang bukan saja daripada pemimpin PH dan DAP, tetapi menjadi mangsa kritikan pemilik portal berita apabila memaparkan gambar lama saya bersama isteri di Belanda yang dirakamkan pada tahun 2016,” Katanya dipetik Berita Harian

Khairuddin enggan mengulas lanjut berkenaan tindakan yang bakal dikenakan oleh pihak polis yang difahamkan sedang menunggu arahan daripada Jabatan Penguam Negara

Sebelum ini dewan rakyat gempar dengan pendedahan ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok bahawa Khairudin gagal kuarantin diri 14 hari mengikut sop yang ditetapkan KKM bagi mengekang penularang Covid19.

Perkara ini juga menimbulkan kekecohan dalam kalangan rakyat apabila Khairudin hanya didenda RM1000 walaupun sebelum ini rakyat biasa dikenakan denda sehingga RM8000 – RM12,000 dan dipenjara.

CATEGORIES