Data Peribadi – Netizen Persoal konsistensi Syahir Sulaiman

Netizen persoal penasihat Presiden Pas, Syahir Sulaiman yang sebelum ini mempertikai proses penebusan bantuan kewangan dalam bentuk EWallet dari kerajaan Pakatan Harapan yang memerlukan perkongsian data peribadi namun apabila perkara sama berlaku hari ini dibawah pentadbiran Perikatan Nasional, perkara sama turut berlaku.

Tangkap layar ciapan twitter Syahir Sulaiman pada 16 Januari mempersoalkan tindakan kerajaan Pakatan Harapan memerlukan pengguna perlu kongsikan data peribadi untuk menebus wang e-tunai.

Namun setelah Perikatan Nasional mengambil alih, perdana menteri Tan Sri Muhyidin Yassin turut mengumumkan bantuan berbentuk e-tunai sebanyak Rm50 yang memerlukan proses serupa dilakukan oleh pengguna untuk menebus wang terbabit.

Jadi timbul persoalan adakah perkara yang dipersoal Syahir sebelum ini sudah tidak menjadi persoalan kini apabila PAS sudah menjadi sebahagian dari kerajaan.

CATEGORIES