Dasar BN Tolak Anwar, Sokong Muhyiddin Tegas Annuar Musa

Dasar BN Tolak Anwar, Sokong Muhyiddin Tegas Annuar Musa

Annuar Musa, SU AGONG BN DAN MN menegaskan tugas beliau adalah melaksanakan dasar parti dan arahan pucuk pimpinan , beliau menambah, parti putuskan antara lain , 10 dasar berikut:

BN akan menyertai kerajaan PN sebagai En Bloc iaitu KESEMUA AHLI DALAM SATU SATU MASA.
Ahli parlimen BN menyokong Tan Seri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri
BN menegaskan pendirian menolak DAP, Anwar, dan Tun Mahathir
Muafakat Nasional menjemput BERSATU menyertai Muafakat dan BERSATU bersetuju.
Kesepakatan 3 parti Muafakat Nasional mengelak 3 penjuru pada pru15
BN PAS PPBM bentuk jawatankuasa 5 orang dari tiap parti utk runding kerusi dimana rundingan telah pun bermula
BN akan bertanding atas logo sendiri.
BN setuju bentuk GRS di sabah bersama PN,PBS.
SUA di arah sentiasa berhubungan dan berkerjasama antara parti parti komponen dan parti sahabat.
Sentiasa mengadakan meeting JK PEMANDU DAN JAWATANKUASA TEKNIKAL MN.

Annuar bagaimana pun mengakui, proses Memutuskan dasar tidak mudah dan melaksaknakan dasar juga adalah lebih payah.

Kepanasan bahang 13 Oktober semakin terasa dimana Anwar Ibrahim mendakwa akan mengadap YDPA bagi mempersembahkan sokongan ahli parlimen kepada beliau yang memberi peluang beliau dinobat sebagai perdana menteri.

Jalan Anwar tidak dilihat mudah apabila rata rata ahli parlimen PN menafikan menyokong Anwar dan setia bersama Muhyiddin.

CATEGORIES