DAP Tidak Pernah Cadang Tukar Anwar Sebagai Ketua Pembangkang

DAP Tidak Pernah Cadang Tukar Anwar Sebagai Ketua Pembangkang

DAP sama sekali tidak pernah cadang untuk menukar ketua pembangkang selain dari Anwar Ibrahim. Menurut pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang, beliau bertemu Anwar pada hari jumaat dan memberi jaminan kepimpinan DAP tidak pernah mencadangkan pertukaran ketua pembangkang parlimen.

“Semasa saya berjumpa dengan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim pada hari Jumaat yang lepas, saya telah memberikan jaminan kepada beliau yang pimpinan DAP tidak pernah mencadangkan penukaran ketua pembangkang, tetapi, kumpulan pembangkang perlu mara ke hadapan dan arah yang baru yang berfokuskan kepada keperluan untuk menguatkan dan merapatkan semua blok pembangkang dalam negara kita dengan sebuah konsensus kebangsaan yang baharu.

“Setiap hari, kita dikejutkan dengan bukti baru yang menunjukkan negara kita kembali ke arah sebuah kleptokrasi, kakistokrasi, dan negara gagal menjelang 2040,” kata Lim pada satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini , Setiausaha Agung DAP mengeluarkan kenyataan bersama dengan Presiden AMANAH, Mohamad Sabu mencadangkan satu gabungan antara parti parti pembangkang diwujudkan setelah pembangkang gagal menolak Belanjawan 2021.

CATEGORIES