DAP Dakwa PAS Hipokrit Isu Undi18

DAP Dakwa PAS Hipokrit Isu Undi18

Pemimpin DAP, Lim Guan Eng menyifatkan pendirian PAS yang menyokong penangguhan penurunan umur layak mengundi daripada 21 tahun kepada 18, sebagai hipokrit memandangkan perlembagaan PAS menerima menerima ahli parti semuda 13 tahun.

Menurut Lim lagi, PAS juga tiada masalah dengan usia perkahwinan bawah 18 tahun.

“Jelas Hadi tidak jujur ketika dia mengundi pelaksanaan Undi 18 dalam Parlimen dan kemudian membuat pusingan U dengan mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional (PN) demi politik.

“Pada masa sama, golongan muda dianggap sudah cukup matang untuk memandu dan malah berkahwin di bawah usia 18 tahun. PAS dan Hadi tiada bantahan dengan remaja lelaki dan perempuan bawah 18 tahun untuk berkahwin…Usia itu dianggap sudah cukup matang untuk berkahwin tetapi tidak untuk mengundi.

“Apa yang lebih hipokrit adalah PAS terima ahli semuda 13 tahun, yang boleh mengundi dalam mesyuarat parti,” katanya dalam kenyataan.

Presiden PAS Abdul Hadi Awang sebelum ini menyokong tindakan penangguhan Undi 18 oleh SPR, dengan mengatakan penetapan kelayakan mengundi pada usia itu berpandukan konsep demokrasi ciptaan Barat.

CATEGORIES