Dana Raya Sah Tiada, Diganti Dengan Bantuan Covid

Dana Raya Sah Tiada, Diganti Dengan Bantuan Covid

Menteri Besar Terengganu, Samsuri Mokhtar mengesahkan bahawa pemberian dana raya yang menjadi amalan kerajaan Barisan Nasional sebelum ini telah tiada sebaliknya telah digantikan dengan yang lebih perlu iaitu bantuan Covid-19 sejumlah RM100 untuk satu keluarga.

Disasarkan 32000 orang akan menerima bantuan terbabit samada dalam bentuk barangan mahupun wang tunai.

“Kalau tanya semua orang tentunya mahukan tunai di tangan tetapi kita aturkan supaya keperluan asasi mereka diberikan keutamaan dan yang penting, rakyat dapat meneruskan kehidupan dari segi makan minum terutama pada musim pandemik,” katanya dipetik Portal Utusan Malaysia.

Langkah ini sekaligus telah menjimatkan bajet kerajaan negeri apabila hanya RM3.2 juta berbanding peruntukan di zaman BN kepada rakyat negeri Terengganu berjumlah hampir RM99 juta.

CATEGORIES