Dana Raya Kepada Rakyat Miskin Dipotong, Kerajaan Apa Ini ? – Hasbie Muda

Dana Raya Kepada Rakyat Miskin Dipotong, Kerajaan Apa Ini ? – Hasbie Muda

Naib Pengerusi Amanah Terengganu, Hasbie Muda menyifatkan tindakan kerajaan mengurangkan peruntukan kepada rakyat miskin sebagai tidak peka kepada orang miskin.

“RM100 x 1,000 orang x 32 DUN. Jumlahnya RM3.2 juta.” tulis Hasbie respon kepada berita dilaporkan media bahawa dana raya sudah diganti dengan bantuan covid.

“Zaman BN dulu RM88 juta diperuntukkan untuk Dana Raya. Bawah Kerajaan PAS dikurangkan habis-habisan.”

“MB bagi alasan kalau bagi duit tunai, duit akan habis. Tapi pada masa yang sama boleh pula bagi bonus kepada penjawat awam RM500 melibatkan peruntukan RM6.35 juta. Dua kali ganda untuk keluarga miskin.”

Beliau turut menyifatkan alasan duit akan habis tidak selari dengan tindakan memberi peruntukan kepada kakitangan awam namun tidak kepada rakyat miskin.

“Kerajaan jenis apa ni?” soal Hasbie

CATEGORIES