Covid-19 – Lagi Sekolah Ditutup di Terengganu

Covid-19 – Lagi Sekolah Ditutup di Terengganu

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Besar menjadi sekolah ke 16 diarahkan tutup selamat 14 hari oleh Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) berikutan penularan pandemik Covid-19.

Penutupan bertujuan untuk pelaksanaan kawalan perebakan penyakit berjangkit setelah seorang guru dan pelajar sekolah itu telah disahkan dijangkiti Covid-19. Proses sanitasi dan ujian saringan Covid-19 terhadap calon SPM dan guru telah dilakukan.

Semua calon SPM serta guru yang tinggal di asrama dipakaikan gelang kuarantin dan diarahkan tidak keluar daripada kawasan sekolah dalam tempoh ditetapkan.

CATEGORIES