Calon PAS Pru14 Akui Sebar Ajaran Sesat

Calon PAS Pru14 Akui Sebar Ajaran Sesat

Bekas calon PAS dan juga AJK Muslimat PAS Kuantan mengakui atas kesalahan membawa ajaran sesat yang menyeleweng daripada amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Dr Wan Maseri Wan Mohd tampil mengaku kesalahan dan memohon maaf kepada seluruh umat Islam atas ajaran sesat yang dibawa dan secara terbuka memperbaharui kembali syahadah, lapor Sinar Harian.

Melalui pengakuan itu, beliau menjelaskan kenyataannya tentang Nabi Muhammad SAW tidak wujud adalah bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Begitu juga dengan kenyataan bahawa Nabi Muhammad SAW adalah hijab kita dengan ALLAH, tidak boleh berselawat kepada baginda dan tidak boleh memohon bermimpi baginda juga salah serta bertentangan dengan ajaran Islam.

“Saya juga mengaku bahawa kenyataan tentang semua orang Islam belum Islam selepas kewafatan Rasulullah juga terpesong,”

Rujukan : https://www.sinarharian.com.my/article/124093/BERITA/Semasa/Pengasas-Asmaul-Husna-Wan-Maseri-mohon-maaf-akui-ajaran-menyeleweng

CATEGORIES