Cadang PH Hybrid, Ketua Penerangan PKR Terengganu Dikecam Ahli Parti

Cadang PH Hybrid, Ketua Penerangan PKR Terengganu Dikecam Ahli Parti

Cadangan Ketua Penerangan PKR Terengganu, Syed Mohd Al Amin agar PKR Terengganu tidak bersama Amanah dan DAP pada PRU15 akan datang di Terengganu menimbulkan kecaman ahli di perbagai peringkat.

Raymond Low, dalam group DSAI Pembela Rakyat menyifatkan cadangan tersebut adalah bodoh dan meminta Syed keluar PKR dan menyertai UMNO.

“Ooiihh! BODOH LETAK JAWATAN DAN KELUAR DPD PARTY PKR DAN MASUK JADI AHLI UMNO. BODOH???APA LOGIK KAMU? KAU DI SEKOLAH DI MANA PUNYA INSTITUISI BODOH? PKR MESTI AMBIL TINDAKAN SERIOUS ATAS SI BODOH INI.CUKUP2 BANGANG BODOH OTAK PENUH TAIK.”

Syed Hassan pula menyifatkan idea terbabit sebagai bodoh dan sombong manakala Gary Toh meminta Keadilan siasat Syed Mohd Al Amin kerana tindakan yang dianggapnya tidak sihat dan ingkar pada ketetapan Pusat.

Afindi Fendi pula menyifatkan tindakan Anwar Ibrahim tidak melayan tuntutan PKR Terengganu itu sebagai tindakan bijak.

Zahrah Hussin pula mengatakan cadangan ini adalah cadangan yang merosakkan PH bukan sahaja di negeri Terengganu tetapi berisiko hingga ke pusat. Menurut Zahrah, dari berharap kepada UMNO yang sudah cukup dikenali sebagai parti rasuah, adalah lebih baik untuk perkukuhkan pakatan harapan disemua peringkat.

Amir Omar pula mendakwa cadangan ini sebagai karut lagi bodoh dan meminta Anwar Ibrahim tidak melayan sebarang cadangan seumpama.

CATEGORIES