Cabul wanita : Ahli Majlis Daerah Hulu Terengganu didakwa di mahkamah

Cabul wanita : Ahli Majlis Daerah Hulu Terengganu didakwa di mahkamah

Rulam Akbal Abdul Manan, 52 mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret disini semalam atas tiga pertuduhan mencabul dua orang wanita pada November 2020 dan September 2018.

Pengamal perubatan alternatif yang juga bekas timbalan MTD Pas Kuala Berang itu membuat pengakuan tidak bersalah itu apabila dibacakan pertuduhan kepadanya di hadapan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda.

Ahli majlis Daerah Hulu Terengganu itu didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan seorang wanita berumur 31 tahun pada 22 November 2020 jam 8.30 malam di sebuah kediaman di Kuala Berang, Hulu Terengganu.

Manakala pertuduhan kedua, di bawah tuduhan yang sama ke atas wanita yang sama pada 24 November 2020 di rumah yang lain di Tepoh, Kuala Nerus.

Untuk pertuduhan ketiga, Rulam Akbal dituduh melakukan kesalahan yang samam terhadap wanita lain yang berusia 25 tahun bertarikh 9 September 2018 di sebuah rumah di Kuala Berang, Hulu Terengganu.

Pertuduhan dibuat diatas seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh menyebabkan yang dituduh sekiranya sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda, atau sebatan dengan mana mana dua daripada hukuman tersebut.

Tertuduh dibenar diikat jamin sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan 22 Februari 2021 untuk sebutan semula kes.

Tertuduh tidak diwakili oleh peguam manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya M. Lishantini.

 

CATEGORIES