Bukti Setiakawan – BERSATU Johor Tidak Kemuka Apa Apa Usul Berkaitan Kedudukan MB UntukSidang Dun Esok

Bukti Setiakawan – BERSATU Johor Tidak Kemuka Apa Apa Usul Berkaitan Kedudukan MB UntukSidang Dun Esok

Speaker DUN Johor, Suhaizan Kayat mengesahkan pejabatnya tidak mendapat apa apa usul usul untuk menguji sokongan Menteri Besar Johor, Hasni Mohammad di DUN Johor.

Sebelum ini timbul desas desus dari beberapa pihak BERSATU mungkin akan membawa usul bagi menyinkirkan MB Johor sebagai membalas dendam atas tindakan UMNO di Perak yang menyingkirkan Faizal Azumi sebagai Mb

Antaranya, Adun Kempas, Osman Sapian dari Bersatu mengesa agar Bersatu dapat menghukum Umno dengan melakukan perkara yang sama terhadap menteri besar Johor.

PN di Johor memiliki majoriti 2 undi dimana 14 Adun dari Umno dan dua dari MIC sementara PN mempunyai 12 Adun dari Bersatu dan seorang dari PAS, menjadikan mereka seramai 29 orang manakala PH pula mempunyai 27 Adun yang terdiri daripada 14 dari DAP, 9 dari Amanah dan 4dari PKR.

CATEGORIES