Bukan 200k, tapi 500k !

Bukan 200k, tapi 500k merupakan nilai yang dipersetuju untuk kelulusan projek pasir di Terengganu dipercayai mempunyai kaitan rapat dengan seorang ADUN Negeri Terengganu.

Dalam tangkap layar terbaharu kami terima pada malam ini, RM200,000 adalah jumlah awal yang perlu dibayar manakala baki sejumlah RM300,000 adalah setelah surat dikeluarkan.

 

Nurul Islam dipercayai menggunakan nama YB terbabit bagi meyakinkan pemberi untuk membayar pendahuluan sebanyak RM200,000.

“Nta (kamu) sebut, ini direct deal dgn exco”, “duit pun duduk di parti”, ujar Nurul Islam sebagai ‘jaminan’ kepada kontraktor terbabit.

Sehingga kini tiada komen atau penjelasan dari mana mana pihak yang disebut berkenaan isu ini.

CATEGORIES
TAGS